Ayah Bunuh 14 Beranak Sebelum Gantung Diri



NEW DELHI - INDIA. Seorang lelaki membunuh 14 ahli keluarganya termasuk lapan kanak-kanak sebelum menggantungkan diri, hari ini.

Laporan CNN mengatakan Husnain Anwar Warekar, 35, dilaporkan meletakkan ubat pengsan (sedative) ke dalam makanan-makanan mangsa sebelum mengelar mereka di leher.

Salah seorang mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan polis.

Ketika polis sampai ke tempat kejadian, Husnain ditemui sudah tergantung.

Motif pembunuhan tidak diketahui dan polis masih menjalankan siasatan. - SH

Ayah Bunuh 14 Beranak Sebelum Gantung Diri Ayah Bunuh 14 Beranak Sebelum Gantung Diri Reviewed by Admin on 6:55:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.