Negara Haram Israel Dilanda Kebakaran Yang Sangat Hebat




KEBAKARAN yang melanda wilayah Modiin, Israel sejak Selasa lalu dilapor merebak sehingga menyebabkan beberapa kawasan berdekatan turut terbakar hari ini.

Menurut Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan, kejadian kebakaran terbaharu itu berpunca daripada cebisan kebakaran yang dilaporkan dua hari lalu.

Sementara itu, seorang pegawai bomba di Haifa memberitahu pihak media, kebakaran sengaja dinyalakan berdekatan balai bomba di daerah itu bagi melumpuhkan operasi bomba di sana.

“Saya tahu mereka sengaja melakukan kebakaran di balai bomba supaya segala operasi menyelamat kebakaran di Haifa akan lumpuh sepenuhnya,” katanya.

Awal pagi tadi, pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk berpindah keluar dari kediaman masing-masing di beberapa daerah Timur Israel seperti di Romema.


Kesemua tenaga kerja menyelamat telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang setakat ini dilaporkan seramai dua orang telah tercedera.

Sementara itu, syarikat pembekalan elektrik Israel turut mematikan beberapa sumber elektrik di beberapa kawasan utama bagi mengelakkan kebakaran daripada terus merebak.

Insiden itu turut dilaporkan merebak ke kawasan Orot Rabin di Hadera, Zichron Yaakov, Umm al-Fachm, Lachish, Nesher dan Kfar Vradim. – MYNEWSHUB.CC



Negara Haram Israel Dilanda Kebakaran Yang Sangat Hebat Negara Haram Israel Dilanda Kebakaran Yang Sangat Hebat Reviewed by Admin on 10:35:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.