Punca Sebenar Presiden PAS Dikejar Ke Hospital



KUALA TERENGGANU, 18 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di sini.

Setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan media berkata Abdul Hadi dikejarkan ke hospital selepas mengadu kepenatan siang tadi.

"Oleh itu kerjasama daripada semua pihak diperlukan agar dapat memberi ruang rehat secukupnya kepada tuan guru, dan PAS mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi beliau pada waktu ini.

"PAS amat menghargai keperihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatan tuan guru," katanya.

Kenyataan tersebut sekali gus menafikan penyebaran status kesihatan Abdul Hadi di media sosial sejak lewat petang tadi yang mendakwa beliau terkena strok ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. — Bernama

Punca Sebenar Presiden PAS Dikejar Ke Hospital Punca Sebenar Presiden PAS Dikejar Ke Hospital Reviewed by Admin on 7:22:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.